SEJARAH

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH



Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan salah satu elemen terpenting dalam menjana pembangunan dan kemajuan akademik di sekolah-sekolah. Penubuhannya telah diusahakan semenjak sebelum negara merdeka lagi. Kepentingannya amat dirasakan sehingga beberapa proses penambah baikkan baik dari segi pengurusan dan fizikalnya sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Sekitar tahun 1950an beberapa buah sekolah di bawah pentadbiran Inggeris telah mula mewujudkan perpustakaan sekolah. Namun usaha itu tidaklah begitu diutamakan malah tidak mempunyai objektif yang jelas dalam membantu pembangunan pendidikan semasa lebih-lebih lagi tiada mempunyai kakitangan yang terlatih dalam pengurusan sumber pada ketika itu. Projek ini telah menemui kegagalan. Pada tahun 1962, Persatuan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. Antaranya:

1. Semua bahan ditempatkan di sebuah bilik khas.
2. Memberi kursus /latihan kepada guru perpustakaan selama setahun.
3. Nisbah purata koleksi buku dan pelajar ialah 10 judul bagi 1 pelajar.
4. Melanggan 1 atau 3 jenis akhbar.

Bagi sekolah SK Kawang pula sejarah penubuhan pusat sumbernya telah bermula pada penghujung tahun 70an lagi namun tarikh rasmi tidak diketahui secara rasmi. Hasil temubual dan cerita daripada bekas murid-murid tua sekolah ini pusat sumber ini telah ada pada tahun-tahun tersebut. Namun kepentingan dan peranannya sebagai pusat ilmu belum begitu ketara sehinggalah pada tahun-tahun 80an .

Pada tahun 1967 Perpustakaan Sekolah telah diletakkan di bawah pengurusan Buku Teks di Kementerian Pendidikan. Kemudian sehingga tahun 1974 pengurusan perpustakaan sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran.

Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi menggantikan istilah Perpustakaan Sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat memberi gambaran yang lebih tepat kerana PSS mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.Kini, semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mempunyai PSS dan dikawal selia oleh BTPN masing-masing.



2 comments: